Sunday, July 26, 2015

Yatim Piatu sekelip mata, ibu ayah nenek maut kemalangan


Teluk Intan: “Saya berbual dengan ibu pada petang kejadian (kelmarin). Ibu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan berbual seperti biasa. Saya tidak menyangka akan menerima berita kemalangan membabitkan semua ahli keluarga saya pada malamnya. Kali terakhir saya berjumpa mereka pada Selasa lalu iaitu ketika mereka menghantar saya ke asrama,” kata Nuramira Shahira Mohd Nazeri,17.




Nuramira Shahira bersama tiga adiknya kini menjadi yatim piatu apabila ibu bapa dan neneknya maut dalam kemalangan di kilometer 24, Jalan Teluk Intan-Chenderong Balai, Teluk Intan, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam, mangsa, Mohd Nazeri Abdul Razak, 45, dan Norzuwida Ahmad Tarmizi, 41, serta ibu Norzuwida, Zaleha Ibrahim, 71, maut, manakala tiga anak pasangan itu Nuramira Shafika, 15, Muhammad Aiman Haziq, 8, dan Muhammad Danial, 1, cedera selepas kereta Proton Wira yang mereka naiki dilanggar treler dari arah bertentangan.


Nuramira Shafika dilaporkan masih tidak sedarkan diri akibat patah kaki dan pinggul serta masih menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI), manakala Muhammad Aiman Haziq sudah dibenarkan keluar dari HTI selepas hanya mengalami kecederaan di kepala.
Muhammad Danial pula dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan susulan akibat kecederaan di kepala.
read more...

Kisah disebalik pengemis tercantik dunia


Mempunyai rupa paras cantik bak ‘supermodel’, namun siapa sangka si gadis yang bernama Han Biyao ini 'bekerja' sebagai pengemis. Han Biyao merupakan seorang gadis Tionghua, disebut-sebut sebagai pengemis tercantik di dunia.

Di mana sebalik rupa parasnya yang rupawan, ada kisah tragis yang pernah melanda dirinya. Memetik laporan Rocket News baru-baru ini melaporkan, bahawa sebelum meninggal ayah Biyao merupakan seorang jutawan.

Sepeninggalan ayahnya menyebabkan ibunya jatuh sakit sehingga tidak mampu bekerja bagi menyara hidup.

Keperitan keluarga Biyao tidak terhenti di situ, apabila dilaporkan bahawa keluarga itu dihimpit dengan hutang hingga mencecah ratusan ribu yuan, hingga hampir memaksa Biyao untuk menjual keperawananya dek kerana untuk melangsaikan hutang tersebut.

Itulah kehidupan, hidup bagai roda kadangkala di atas kadangkala di bawah, itulah terjadi kepada Biyao di mana dahulu hidupnya dikelilingi dengan harta.

Namun dalam sekelip mata gadis berwajah cantik ini jatuh miskin dan hidup menderita, Biyao mengaku pernah bekerja sebagai seorang pelayan restoran demi menyambung hidup dan merawat ibunya.

Kini, Biyao memilih menggunakan kelebihan suaranya untuk menjadi penyanyi selain masih mengemis di sudut-sudut kota metropolitan Beijing, China. 


-ohmedia-
read more...

CEO Zappos Memilih Untuk Tinggal Dalam Trailer

Walaupun Bernilai USD$820 Juta CEO Zappos Memilih Untuk Tinggal Dalam Trailer

Tony Hsieh, CEO syarikat Zappos ini dianggarkan memiliki kekayaan bernilai USD$820 juta selepas menjual syarikatnya kepada Amazon dengan nilaian USD$1.2 billion. Dengan networth sebanyak itu, dia mampu memiliki apa sahaja yang diingini tanpa banyak masalah. Contohnya seperti seorang billionair terkaya India yang telah membina bangunan setinggi 27 tingkat sebagai kediaman keluarganya.

Namun demikian, Tony Hsieh yang turut dikenali sebagai jutawan paling kedekut di kalangan geng bisnes telah memutuskan untuk tinggal di dalam trailer ‘Llamapolis’ dengan keluasan 200 kaki persegi di taman tempat letak trailer di Las Vegas yang dimilikinya selepas menjual kondominium pada tahun lepas.

Dia melaburkan USD$350 juta untuk taman seluas 1 ekar dan beberapa buah trailers jenama Airstream di East Fremont Street, Las Vegas. Pelaburan itu juga merangkumi pembangunan semula koridor East Fremont dari Fremont Street Experience hingga Maryland Parkway dan menganjurkan pelbagai acara disitu.

Dia merancang menjadikan taman itu sebagai satu tapak alternatif untuk menarik perhatian pengaturcara komputer Silicon Valley tinggal di situ buat sementara waktu. Maka, dia menyediakan fasiliti yang menarik bagi taman dan trailer iaitu 2 buat TV, sistem stereo Bluetooth dan wood paneling dan lain-lain. Disitu disediakan juga dapur kongsi di dalam kontena, campfire, skrin projektor untuk tonton filem, dan lain-lain. Ia seolah-olah satu ruang tamu terbuka bagi penyewa-penyewa trailer.
hebat bukan?
read more...

Saturday, May 9, 2015

Luahan Sayu Tunang Nor Artikah, Mangsa Kebakaran Di Moscow

Saya gembira dengan husnul khatimah awak. Selamat berehat di sebaik-baik tempat berehat tunangku,” kata Wan Mohd Ikwan, 28, tunang kepada Nor Artikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Rusia pada Selasa.
Kata-kata itu diluahkan menerusi status Facebook nya kira-kira sejam yang lalu.
Nor Artikah, pelajar perubatan tahun akhir meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sklifosovskogo kira-kira jam 2.30 petang (waktu Moscow) disebabkan komplikasi pernafasan dan lecur di muka, tangan dan kaki.
Allahyarhamah merupakan antara 21 pelajar RNRMU terlibat dalam kebakaran itu yang berlaku di asrama pelajar pada pukul 11.30 malam 23 April lalu.
Nur Artikah merupakan pelajar kursus Perubatan yang mendapat tajaan dari Yayasan Terengganu.
Al Fatihah,  semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
read more...

Wednesday, May 6, 2015

Kerajaan Terengganu Tanggung Kos Bawa Pulang Jenazah Nor Atikah

Kerajaan negeri bersetuju menanggung kos urusan yang dianggarkan berjumlah RM10,000 bagi membawa pulang jenazah pelajar tajaan Yayasan Terengganu, Nor Atikah Alias, 25, ke tanah air, secepat mungkin.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pada masa kini urusan menuntut jenazah sedang dilakukan oleh keluarga arwah dengan dibantu pihak kedutaan diikuti urusan dokumentasi membawa pulang Allahyarhamah sebelum dikebumikan di Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan.
“Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga dan moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
“Segala kos untuk urusan membawa balik akan ditanggung oleh kerajaan negeri kerana insurans yang diambil oleh pelajar di bawah Yayasan Terengganu hanya merangkumi rawatan di Moscow dan apabila berlaku kematian, kos pengebumian di Moscow sahaja ditanggung untuk membawa pulang tidak ditanggung,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco, hari ini.
Katanya, jenazah akan dibawa pulang dengan penerbangan Emirates dari Moscow ke Dubai dan Dubai ke Kuala Lumpur.
“Jika proses dokumentasi selesai pada petang ini, maka waktu terdekat berlepas adalah pada esok (Khamis), jam 12.05 tengah malam (waktu Rusia), atau 5.05 pagi (waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 9.45 malam (waktu Malaysia), hari Khamis (7 Mei).
“Penerbangan itu bergantung kepada siapnya dokumen dan kita pun tidak berani memberi jaminan berhubung masa sebenar. Insha-Allah pihak kedutaan, pegawai Mara dan JPA membantu kita untuk memastikan ia diselesaikan dengan segera bersama keluarga (arwah),”katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, jika dokumentasi tidak sempat siap dalam tempoh terdekat, jenazah akan dibawa pulang pada esok (khamis), jam 4.55 petang (waktu Rusia) atau 9.55 malam (waktu Malaysia) dari Moscow ke Kuala Lumpur melalui transit di Dubai (tiga jam), sebelum dijadualkan tiba pada 1 pagi Jumaat (8 Mei).
Ahmad Razif menjelaskan, kerajaan negeri yang turut menanggung kos pengebumian akan menyediakan van jenazah dan diiringi dua kereta pengiring untuk membawa Allahyarhamah ke tanah perkuburan.
Dalam kejadian 22 April lalu, Nor Atikah bersama empat lagi penuntut jurusan perubatan rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat kebakaran di bangunan tingkat tujuh bangunan kediaman mereka, kira-kira 11.30 malam.
Namun, selepas kira-kira dua minggu dirawat beliau dilaporkan meninggal dunia kira-kira 2.30 petang waktu tempatan, semalam akibat komplikasi pernafasan.
Mangsa dilaporkan turut mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki akibat daripada kejadian berkenaan.
read more...

Harap MARA Tidak Bazir Duit Rakyat – KJ


KUALA LUMPUR: Laman sosial Twitter hari ini dihujani pelbagai cemuhan dan kemarahan pengguna susulan keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhasrat memberi peluang kedua kepada pelajar tajaannya, Nur Fitri Azmeer Nordin yang disabit bersalah memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London, baru-baru ini.

Rata-rata pengguna laman Twitter menyuarakan bantahan dan perasaan tidak puas hati dengan mewujudkan kata kunci atau hashtag yang kini mula menjadi trending di Twitter.

Antara hashtag yang paling popular adalah #NoSecondChance dan #keeppaedophilesawayfromourkids.

Tindakan MARA memberi peluang kedua kepada pelajar tajaan mereka turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) menyatakan tidak setuju berhubung keputusan tersebut.

“Harap MARA tidak membazir duit rakyat. #NoSecondChance,” tulis KJ dalam entrinya yang sehingga kini mendapat lebih dari 3,142 ‘retweet’.

Dalam perkembangan lain, sebuah petisyen juga turut diwujudkan sebagai meluahkan bantahan supaya tidak memberi peluang kepada pelajar berusia 23 tahun itu untuk mendapat tajaan semula daripada MARA.

Sehingga kini, petisyen yang dibuat oleh pengguna yang mengelarkan dirinya sebagai Sabrina M itu telah mendapat sokongan sebanyak 1,409 tandatangan yang mana mensasarkan target sebenar iaitu sebanyak 2,000 tandatangan.

Difahamkan, petisyen tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu, MARA dilaporkan menamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri setelah dia disabit bersalah oleh mahkamah di London.

Bagaimanapun, Ahli Majlis MARA, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, Nur Fitri itu akan diberi peluang meneruskan pengajian di mana-mana institusi MARA dalam negara sejurus selesai menjalani hukuman dan kembali ke tanah air.



- mD
read more...

Salman Khan Menangis dijatuhi Hukuman Penjara 5 Tahun

Bintang Bollywood, Salman Khan akhirnya terpaksa meringkuk di dalam penjara selama lima tahun atas kesalahannya dalam kes langgar lari membabitkan homeless atau gelandangan di Mumbai.

Salah seorang daripada gelandangan itu mati dan empat daripadanya mengalami kecederaan. Kejadian itu terjadi pada tahun 2002.

Salman yang pernah membintangi filem Kuch Kuch Hota Hai dan Hum Dil De Chuke Sanam pada tahun berkenaan dituduh memandu kenderaan Toyota Land Cruiser dalam keadaan mabuk.

Laporan Times of India menyebut, keputusan mahkamah dibacakan hari ini dan selepas diteliti aktor itu perlu akur dengan keputusan yang sudah diputuskan.

"Kamu memandu kereta dan di bawah pengaruh alkohol," kata Hakim DW Deshpande kepadanya.

Saluran televisyen di India melaporkan aktor itu menitiskan air mata selepas keputusan mahkamah dibacakan.

Beberapa teman seninya turut meluahkan rasa sedih selain memberikan sokongan dan menunjukkan simpati.

Aktres, Hema Malini turut berdoa dan berharap semoga hukumannya dapat dikurangkan.

Ada yang berpendapat jika Salman dipenjarakan ia akan memberi kesan kepada jualan tiket filem lakonannya yang akan ditayangkan.
read more...

Bawa Pulang Jenazah Nor Atikah Segera

Putrajaya: Jenazah Nor Atikah Alias, 25, penuntut perubatan tahun akhir yang meninggal dunia semalam selepas terbabit dalam kebakaran di asrama Russian National Research Medical University (RNRMU) akan dibawa pulang ke Malaysia secepat mungkin.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow sedang membantu keluarga

Allahyarhamah yang kini berada di Moscow dalam urusan untuk membawa pulang jenazah.

"Jenazah akan dibawa pulang secepat mungkin,"katanya.

Dalam kejadian 22 April lalu, Nor Atikah bersama empat lagi penuntut jurusan perubatan rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat kebakaran di bangunan tingkat tujuh bangunan kediaman mereka.

Namun, selepas kira-kira dua minggu dirawat beliau dilaporkan meninggal dunia kira-kira2.30 petang waktu tempatan, semalam akibat komplikasi pernafasan.

Mangsa dilaporkan turut mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki akibat daripada kejadian berkenaan.



-Harian Metro-
read more...

Sunday, May 3, 2015

3 Maut akibat 6 Myvi pelesit lumbar haram


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri dan bayi mereka maut dalam sebuah kemalangan yang disebabkan oleh sekumpulan kereta berlumba haram di lebuh raya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.00 ke 1.00 pagi malam tadi, kereta Pejero Sport pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia 6 bulan maut dalam kemalangan berkenaan. 

Difahamkan, kejadian berpunca dari tindakan 6 buah kereta Perodua Myvi yang berlumba secara haram di lebuh raya.Duke dari arah Damansara melanggar kereta mangsa sehingga terbalik dan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kereta.

Pemergian pasangan terbabit meninggalkan dua anak perempuannya menjadi anak yatim piatu.

Menurut sumber, salah sebuah dari 6 kereta Perodua Myvi terbabit dari Familia Myvi Club telah menyerah diri di balai polis berhampiran. Manakala 5 lagi pemilik Myvi yang terlibat sedang dikesan.

Ekoran dari kejadian itu, Familia Myvi Club (FMC) digelar sebagai kelab pembunuh dan kini diserang oleh netizen dari pelbagai sudut.
read more...

Pelajar genius Matematik Malaysia dipenjara di UK atas kesalahan pornografi kanak-kanak


KUALA LUMPUR: Pelajar genius Matematik Malaysia dipenjara di UK kerana mempunyai dalam miliknya lebih 30,000 imej dan video pornografi kanak-kanak.

Pelajar dari The Imperial College ,Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 tiba di UK pada tahun lepas.

Beliau telah ditangkap memiliki 601 video dan imej yang dimiliki oleh kategori A (penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual ekstrim dengan kanak-kanak), serta beratus-ratus kategori B dan C, United Kingdom International Business Times melaporkan.

Menurut portal itu, polis telah menjejaki Nur Fitri selepas mendapati akaun internet yang telah memuat turun beribu-ribu video penderaan seksual dan imej itu milik Nur Fitri.

Nur Fitri yang berasal dari Malim Nawar, Perak pernah belajar di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.

Selepas menamatkan beliau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2009, Nur Fitri telah melanjutkan pelajaran di sebuah kolej tempatan di Malaysia sebelum ditawarkan biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Imperial di London untuk belajar matematik.

Menurut portal itu, Nur Fitri mungkin dihantar pulang ke Malaysia setelah tamat hukuman penjara 5 tahun.


read more...

MARA tamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer


Nur Fitri dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Southwark Crown, London

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditamatkan pinjaman pendidikan yang diberikan kepada Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, berkuat kuasa serta-merta berikutan keyakinannya kerana memiliki imej dan video pada pornografi kanak-kanak oleh mahkamah London pada Khamis (30 April) .

Bahagian Komunikasi Korporat MARA pengarah Rohayah Mohd Zain dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata MARA memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh pelajar itu ditaja.

"MARA telah digantung pinjaman kerana dia didakwa November lalu. Walau bagaimanapun, berikutan sabitan dan hukuman itu, pinjaman ditamatkan berkuat kuasa serta merta dan dia perlu membayar balik semua wang yang diberikan kepadanya," katanya.


read more...

Pelajar genius Malaysia memiliki 30,000 gambar lucah kanak-kanak, didapati bersalah


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia dipenjara selama 5 tahun semalam (waktu Malaysia) oleh mahkamah di United Kingdom selepas didapati bersalah kerana memiliki 30,000 gambar p0rn0grafi kanak-kanak.

Nur Nordin, 23, pelajar jurusan Matematik Kolej Imperial London, didakwa memiliki 1,156 video dan selebihnya gambar p0rn0grafi kanak-kanak yang sebahagiannya keji pernah dilihat oleh pasukan negara itu.

Lelaki yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak itu mengaku bersalah di atas 17 pertuduhan memiliki, membuat dan mengedar gambar lu-cah kanak-kanak pada November 2014.

Lapor Mirror.uk, Nur Nordin ditahan selepas pasukan penyiasat curiga setelah mendapati akaun milik pelajar itu memuat naik ribuan imej kanak-kanak dalam keadaan lu-cah.

Polis yang menyerbu bilik Nur Nordin berhampiran Hyde Park, mendapati tertuduh dengan komputer ribanya terbuka dan duduk bersebelahan patung saiz lelaki.

Dalam serbuan itu, pihak polis menemui lebih dari 30,000 gambar tidak senonoh dan video kanak-kanak didera dalam alat elektronik milik tertuduh.

Ekoran itu, Nur Nordin dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun dan akan dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke Malaysia selepas tamat menjalani hukuman.
read more...

Friday, April 24, 2015

Juruterbang Tumpah Kopi, Pesawat Presiden Nyaris Nahas


BEOGRAD — Pasukan penyiasat Serbia pada Selasa memutuskan, insiden sebuah pesawat rasmi presiden negara Balkan itu hampir terhempas Jumaat lalu bukan disebabkan masalah sabotaj musuh, cuaca buruk atau teknikal.

Sebaliknya peristiwa tersebut yang nyaris mengorbankan pemimpin Serbia, Tomislav Nikolic akibat pembantu juruterbang secara tidak sengaja tertumpah air kopi ke atas panel instrumen kokpit pesawat jenis Falcon 50 itu.

Hasil siasatan mendapati, penolong kapten tersebut turut tertekan butang pengaktifan panel salah satu bahagian pesawat yang disebut slat ketika cuba membersihkan tumpahan air minuman panas itu daripada merebak.

Akibatnya, slat yang terletak di hujung sayap pesawat berubah sudut, sekali gus menyebabkan pesawat eksekutif buatan Perancis itu tiba-tiba menjunam amat laju, malahan sempat beberapa saat kehilangan tenaga elektrik

Mujur, kapten pilot berjaya menstabilkan posisi pesawat itu dan kembali semula ke ibu kota Serbia, Beograd tetapi mengakibatkan lawatan rasmi Presiden Nicolic ke beberapa negara termasuk ke Vatican City terpaksa dibatalkan.

Terdahulu, pejabat pemimpin Serbia tersebut menyatakan presiden tidak dapat ke luar negara buat masa ini kerana pesawat kerajaan berusia 34 tahun itu yang digunakan mengalami kerosakan dan kerap bermasalah.

Sebagai ganti, Nicolic terpaksa menggunakan pesawat komersial awam jika mahu melakukan kunjungan ke luar negara, manakala pembantu kapten itu dilaporkan telah digantung tugas sementara kerana kecuaian.

Pesawat Falcon 50 tidak lagi dikeluarkan firma Dassault sejak 2008 dan setakat ini hanya terdapat 352 unit model tersebut digunakan pihak tentera udara di 23 buah negara seluruh dunia. – Agensi

Tomislav Nikolic

read more...

Wanita Dalam Video Pukul Anak Tanpa Belas Kasihan Ditahan Pihak Polis


IPOH: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ipoh hari ini telah berjaya menahan seorang gadis berumur 17 tahun dipercayai ibu bayi malang yang dipukul tanpa belas kasihan.

Video kejadian kejam yang berdurasi 48 saat tersebut telah menjadi viral dilaman sosial sejak beberapa hari lalu dan juga disiarkan di laman Facebook milik Siakapkeli sendiri.

Didalam video tersebut memaparkan kelibat bayi tidak berbaju dan hanya memakai seluar panjang berwarna kekuningan masih meniarap menangis akibat dipukul seorang wanita.

Berikutan penyebaran video tersebut, saudara suspek sendiri telah membuat laporan polis pada 19 April lalu,

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sisatan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Polis sudah kenal pasti suspek iaitu seorang perempuan berusia 17 tahun yang juga ibu kepada mangsa," katanya.



read more...

Juruterbang Saudi Bom Yaman Dapat Hadiah Bentley




RIYADH — Terlalu gembira dengan kekalahan militan Houthi di Yaman, seorang putera kaya Arab Saudi menawarkan kereta mewah kepada semua juruterbang Arab Saudi yang terlibat dalam serangan udara di sana.

Putera Al-Waleed bin Talal, salah seorang terkaya di Arab Saudi, mengumumkan kepada tiga juta pengikut akaun laman sosial Twitter miliknya mengenai ganjaran hadiah untuk juruterbang tentera udara negara tersebut.

“Sebagai penghargaan atas peranan mereka dalam operasi tersebut, saya berasa bangga untuk menawarkan 100 buah kereta mewah Bentley kepada 100 pilot penggempur Saudi,” ujar putera itu menerusi mesej terbaharunya.

Tawaran Putera Al-Waleed itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi dengan lebih daripada 28,000 orang memberi komen manakala 5,000 orang lagi menanda ‘suka’ pada kenyataan kerabat diraja berkenaan.

Sebahagian memuji putera itu kerana dianggap ‘murah hati’ dan sejumlah lagi menyatakan, juruterbang tentera mereka berhak mendapatkan kereta mewah, bahkan lebih lagi, setelah ‘berkorban’ menunaikan tugas negara.

Sekadar rekod, buat masa ini harga model terbaharu sebuah kereta buatan Britain itu ialah AS$234,000 (RM851,000) dan jika didarab 100 buah maka jumlah keseluruhannya cecah AS$23,400,000 (RM85,100,000).

Namun, bagi yang tinggal di luar Arab Saudi, khususnya di Yaman, mereka menganggap tawaran disampaikan Putera Al-Waleed merupakan suatu amat keterlaluan dan tidak kena waktu dengan senario politik semasa.

“Seratus Bentley untuk 100 juruterbang yang mengebom Yaman, sementara tiada satu pun ‘hadiah’ ambulans untuk semua hospital yang mereka hancurkan,” kata seorang warga Yaman, menerusi akaun Twitternya.

Warga Yaman lain, sempat memaparkan foto menunjukkan rumah mereka rosak teruk akibat serangan udara Arab Saudi, menulis di Twitter: “Al Waleed hebat mampu memberikan 100 Bentley untuk ‘pilot’ jet tempur Saudi.

“Sebaliknya, apartmen saya hancur akibat ledakan. Saya yakin, semangat saya lebih tinggi daripada 100 juruterbang itu yang kaya, walhal jirannya rakyat Yaman masih lagi hidup miskin.” tulisnya lagi.

Pengguna media sosial lainnya juga menulis: “Apakah nyawa 100 atau 200 orang layak dipertukarkan untuk sebuah Bentley? Betapa murahnya nyawa manusia,” kata seorang pengguna Twitter berasal dari Jordan.

Tahun lalu, putera yang terkenal dengan gaya hidup mewah dan gemar memberi hadiah itu menawarkan 25 buah kereta mewah kepada sebuah pasukan kelab bola sepak tempatan setelah memenangi Piala Arab Saudi.

Langkah kontroversi ‘pemurah’ putera berusia 60 tahun dengan kekayaan AS$30 bilion itu mencetuskan debat di Arab Saudi mengenai persoalan siapakah yang berhak mendapat hadiah lumayan. – Agensi
read more...

Pasangan Gay Direjam Dengan Batu Sampai Mati Oleh Militan IS


KUMPULAN Militan Negara Isla (IS) sekali lagi menjadi perhatian apabila mereka telah menjalankan hukuman rejam dengan batu sampai amti terhadap dua orang lelaki yang dipercayai sepasang gay.

Kejadian berlaku di kawasan wilayah Homs, Syria yang menunjukkan dua orang lelaki tersebut dirajam dengan batu oleh empat orang militan IS di situ.

Sebelum mereka direjam kelihatan kedua-dua lekai tersebut memeluk ahli militan IS tersebut yang dikatakan mengampunkan kesalahan pasangan itu sebelum dibunuh dengan ratusan batu sebesar penumbuk. 






read more...

Zizan Telah Memperkenalkan Bakal Isterinya Sejak Hujung Tahun Lalu - Bapa




Jika sebelum ini tersebar gambar seorang gadis yang dikatakan bakal menjadi isteri pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak iaitu gadis yang dikenali sebagai Nor Edura Diyana Hisham..

Dikatakan kali ini melalui laporan Kosmo!, bapa kepada Zizan telah mengesahkan anaknya itu telah meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan gadis tersebut dan mereka sudah berjumpa sebanyak tiga kali bandar Kuala Terengganu sekitar hujung tahun lalu.

“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja. Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata.

Sebelum ini tersebar gosip dan khabar angin mengatakan Zizan dengan gadis tersebut sudah pun bertunang secara senyap-senyap dan Ab. Razak Husain menafikan perkara tersebut.
read more...

McDonalds Terpaksa Tutup 350 Cawangannya Di Tiga Buah Negara

Labih 350 buah restoran makanan segera, McDonald telah ditutup dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini di Amerika Syarikat, Jepun dan China dan dikatakan 350 lagi akan ditutup menjelang akhir tahun ini.

Itulah realiti yang berlaku sekrang apabila syarikat gergasi makanan segera itu dikatakan mengalami kerugian besar apabila kutipan mereka tahun ini jatuh mendadak.

"Rabu lalu, McDonald melaporkan penurunan 11% hasil jualan dan penurunan 30% dalam keuntungan bagi tiga bulan pertama tahun ini, kesinambungan daripada masalah-masalahnya yang berlaku dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini dengan ekonomi di eropah dalam keadaan sukar dan ketakutan masyarakat Asia dengan tahap keselamatan makanan," lapor Fortune.

Jualan McDonald mula jatuh menjunam selepas pelanggan mula mencari alternatif yang lebih sihat, penurunan mendadak makanan segera terbesar di dunia.

 "Dalam erti kata lain: orang yang hanya bosan dengan menyodok sampah ke dalam tubuh mereka, dan mereka tidak akan bersabar dengan itu lagi." kata seorang warga Amerika Syarikat.

Tahun ini, McDonald's Amerika telah melakukan beberapa perubahan termasuk resipi ayam panggang yang dipermudahkan dan mengawal penggunaan antibiotik ke atas ayam.

Penyebab lain kerugian McDonalds adalah gaji pekerja jterpaksa dinaikkan atas permintaan berterusan kesatuan pekerja, selain menambah faedah-faedah lain untuk pekerja seperti percutian
read more...

Wanita Tanggalkan Baju Selepas Dituduh Tidak Mahu Membayar Makanan Yang Dipesan


GARA-GARA tidak mahu membayar makanannya seorang wanita bertindak nekad menanggalkan bajunya sehingga menampakkan payudara di khalayak ramai.

Kejadian berlaku di Petaling Street itu terjadi apabila peniaga kedai makanan mendakwa dia mengambil nasi ayam yang dipesan tanpa membayar.

Mungkin kerana malu dengan kejadian tersebut, wanita itu mula meninggikan suara dan sambil membuang satu persatu pakaiannya sambil menyatakan dia sudah membayar makanan tersebut.

Dia yang membuang baju dalamnya sambil menyebut “What is your problem, I pay you” dan kejadian itu disaksikan oleh orang sekeliling.

Kerana perbuatan itu ramai orang merasa malu dan dilihat peniaga mula membiarkan wanita itu dengan perlakuannya.

Dari pergerakan wanita tersebut dilihat dia seolah-olah sedang mabuk dan ini mungkin penyebab rasa malu di dalam dirinya hilang.



read more...

Tiga Orang Sahabat Disambar Petir Ketika Mencari Sarang Kelulut, Dua meninggal


MERLIMAU: Hasrat tiga orang rakan keluar mencari sarang kelulut untuk dijual tidak kesampaian apabila mereka bertiga telah disambar petir sebentar tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul enam petang itu menyebabkan dua orang daripada mereka telah meninggal dunia ditempat kejadian kerana cedera parah terkena renjatan voltan yang tinggi dan seorang lagi cedera telah dikejarkan ke hospital Melaka oleh ambulans.

Kami telah menghubungi balai polis Merlimau dan mengesahkan kejadian ini.

Menurut pihak polis mayat kedua-dua mangsa sudah berada dengan mereka dan dalam perjalanan ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
read more...

Pelakon Cilik Sitkom ‘Everybody Loves Raymond’ Bunuh Diri




WASHINGTON: Sawyer Sweeten, yang terkenal sebagai salah seorang anak kembar lelaki dalam sitkom popular Everybody Loves Raymond, meninggal dunia pada usia 19 tahun akibat bunuh diri, semalam, menurut laporan media AS.

“Pagi ini,satu tragedi menyedihkan telah menimpa keluarga kami” kata Madylin Sweeten, yang merupakan kakak kepada mendiang, kepada majalah Variety.

“Dukacita kami umumkan, bahawa adik, anak lelaki dan rakan kesayangan kami, Sawyer Sweeten, telah mengambil nyawanya sendiri. Mendiang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-20 beberapa minggu lagi.”

Sweeten dilaporkan telah menembak dirinya sendiri semasa menziarahi rumah ahli keluarganya di Texas.

Mendiang memegang watak bernama Goeffrey Barone dalam siri komedi tersebut. Everybody Loves Raymond meraih populariti mengagumkan sepanjang tempoh siarannya pada tahun 1996-2005.

Adik kembar Sawyer, Sullivan, dan kakak kandungnya, Madylin turut sama berlakon di dalam sitkom itu sebanyak 139 episod.

Saudara kembar tersebut memulakan karier sebagai pelakon Everybody Loves Raymond sejak berusia 16 bulan, memetik daripada Variety.

“Dalam masa yang sensitif ini, keluarga kami memohon agar privasi kami dihormati dan kami merayu agar anda semua sentiasa luangkan masa untuk orang yang tersayang,” tambah Madilyn.-AFP
read more...

Pulau Cantik Ditengah Lautan Ini Merupakan Antara Pulau Paling Bahaya Untuk Dilawati

Jika dilihat kecantikan Pulau Sentinel Utara ini dari udara pasti ramai akan terpesona dan perasaan ingin mengunjungi pulau ini akan timbul apabila melihat pasir putih di tengelami air yang cukup jernih.

Tetapi tahukah anda pulau ini merupakan antara pulau yang paling bahaya untuk dilawati. Bukan kerana faktor muka bumi ataupun gangguan binatang buas tetapi kerana penduduknya.

Pulau Sentinel Utara yang terletak di Lautan Benggal berhampiran Laut Andaman ini didiami oleh suku kaum Sentinelese yang amat misteri kerana data yang disimpan tentang cara kehidupan mereka amat sedikit.




Mereka memang tidak mengalu-alukan orang luar. Bukan sahaja pelancong tidak berani ke pulau ini malahan nelayan pun tidak berani untuk mendekati persisir pantainya.

Pelawat yang menghampiri pantai pulau ini akan diserang oleh mereka yang dikatakan tidak menerima peradaban moden dengan meneruskan hidup secara tradisional.



Pada tahun 2006 dikatakan terdapat dua orang pemancing telah ke pulau ini untuk memancing ikan tetapi akhirnya telah mati dibunuh.

Malahan terdapat sebuah helikopter yang membuat tinjauan rendah disini telah diserang dengan panah api dan batu.


Pulau Sentinel utara yang terletak di dalam kawasan rantaian pulau milik India di Kepulauan Andaman ini dikatakan telah didiami oleh suku asli sejak 60 ribu tahun dulu yang memang tidak menerima orang asing.

Pada Januari 2008 ada sukarelawan telah pergi ke pulau ini untuk mencari maklumat tetapi tidak turun dari kapal kerana tidak berani dan hanya memberikan makanan dengan membaling ke pantai yang dikutip oleh kaum asli tersebut.

Ia merupakan satu sejarah bagi mereka kerana tidak ada orang yang berani pergi sedekat itu dan cuba berhubung dengan kaum Sentinelese ini.



Selepas kejadian tsunami besar 2004 penduduk di Pulau Sentinel Utara ini juga dikatakan terjejas tetapi tidak ada maklumat yang diperolehi. Jumlah penduduk di pulau ini pula ada yang menganggarkan dalam ratusan orang.

Sering dirujuk sebagai 'Zaman Batu suku', suku kaum Sentinelese mungkin merupakan puak yang paling terpencil di dunia dengan kerajaan India tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka.

Berdasarkan sumber, kerajaan India telah cuba menjalin hubungn dengan suku kaum ini tetapi gagal. 
read more...

'Naruto Gaiden' Release Date Set On April 23! Boruto To Lead The Next Generation Of Konoha Ninjas!


"Naruto" fans will finally get the manga continuation they wanted as Masashi Kishimoto's "Naruto" spinoff manga, "Naruto: The Seventh Hokage and the Scarlet Spring" will be unveiled in Shonen Jump on April 23!


According to Mangareader.net, here is the story of the newest "Naruto" spin-off manga.
"'Naruto Gaiden: Nanadaime Hokage to Akairo no Hanatsuzuki' ('Naruto Spinoff: The Seventh Hokage and the Scarlet Spring Month') is a spin-off sequel mini-series of the 'Naruto' manga and part of the grand master plan of Masashi Kishimoto's 'Naruto Shin Jidai Kaimaku Project' ('Naruto's New Era Opening Project'). The mini-series will feature the next generation of ninjas, including Boruto Uzumaki, who is the son of Naruto Uzumaki, the Seventh Hokage of the Hidden Leaf Village."
Bolt (Boruto), the only son of titular character Naruto Uzumaki and Hinata Hyuga made his debut on the 700th chapter of the "Naruto Shippuden" manga. Kishimoto previously said that he intends to continue the legacy of his manga just after the conclusion of "Naruto Shippuden."
"I conceived a story in which Bolt and [Sasuke's daughter] Sarada appears," he said. "Sasuke and Sakura also appear."
Aside from the manga spin-off, Bolt (Boruto) will also be getting his own movie entitled "Boruto: Naruto the Movie" which is set for release on August 7, 2015.
Mangaka Masashi Kishimoto will be taking over in writing the movie script, creating character design, and overlooking the production of the film. Hiroyuki Yamashita will be the film director and Ukyō Kodachi will be the assistant scriptwriter."
Here's the first teaser trailer revealed last April 16, 2015.
read more...

Popular Posts

 
Copyright © 2014 StyloSAY • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top