10 Baka Kucing Paling Popular Di Dunia
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Satu perkara tentang Teacher Muja; Teacher Muja suka sangat dengan kucing dan adik Teacher Muja lagilah suka. Kucing diakui sangat membantu menenangkan manusia yang sedang stress dengan keletahnya yang manja dan menawan hati. Tidak hairanlah apabila Rasulullah SAW sendiri menjadikan kucing sebagai haiwan kesayangan baginda.
Pada zaman dahulu, baka kucing yang baik tidaklah begitu senang untuk dijumpai. Mereka ditempatkan pada posisi yang tinggi dalam ketamadunan seperti Mesir. Hari ini, semua orang boleh memelihara dan kucing sendiri. Tiada lagi halangan atau kekangan yang menghalang daripada kita mempunyai kucing, tidak seperti haiwan peliharaan lain yang memerlukan kos yang agak tinggi dan tertakluk kepada akta tempatan.
Seekor kucing yang manja dan lincah dapat membantu kita melupakan kepenatan seharian bekerja. Kita boleh memeluknya dan mengiau. Boleh dikatakan, kita terasa dilindungi oleh seekor kucing. Pelik tapi benar. Seorang pencinta kucing tidak memerlukan apa-apa alasan untuk mempunyai kucing tetapi bagi yang tidak pernah merasakan pengalaman itu, memelihara kucing mungkin kedengaran sukar.
Sebenarnya, kucing adalah haiwan peliharaan yang paling senang untuk dijaga. Pendamping yang sempurna. Kucing tidak memerlukan terlalu banyak daripada tuannya. Mereka hanya perlu selalu diberi makan. Mereka juga memerlukan tempat berteduh. Setiap baka kucing mempunyai kriteria dan personaliti yang berbeza. Hal ini akan mempengaruhi cara perlakuan mereka, bagaimana mereka bermain dan keperluan mereka.
Di bawah adalah senarai 10 baka kucing paling popular di dunia.
Kucing Siam
Kucing Siam sangat popular. Mereka mempunyai tanpa pada bulunya menyebabkan mereka sangat berbeza. Mereka mempunyai badan yang langsing dan postur badan yang elegan. Patutlah Teacher Muja dan kenal dengan kucing ini dari kecil lagi. Kah3
Kucing Parsi
Kucing Parsi juga salah satu baka kucing yang sangat popular. Mereka dikenali dengan bulu panjang dan kembang yang boleh tumbuh sehingga 3 inci. Warna mereka juga cantih; putih, hitam, kelabu, oren, atau kombinasi warna-warna ini.
Kucing Maine Coon
Kucing Maine Coon adalah salah satu baka kucing paling tua. Di mana saja kita berada di dunia, akan ada yang kamu jumpai kucing ini yang boleh bertahan dalam iklim sejuk atau panas. Mereka juga suka bergembira.
Kucing Ragdoll
Satu lagi baka kucing yang menarik adalah kucing Ragdoll. Kucing Ragdoll mempunyai bulu sederhana panjang. Mereka sangat lembut, ramah dan penyayang. Pastinya, kucing ini sempurna untuk menjadi haiwan peliharaan di rumah.
Kucing Burma
Kucing Burma berbulu pendek. Mereka mempunyai mata berwarna kucing yang besar dan bulunya selembut satin. Membelai bulunya sudah cukup untuk menampakkannya cantik. Kucing Burma mempunyai suara yang halus dan mereka boleh menjadi begitu rapat dan dipercayai oleh tuannya.
Kucing Manx
Kucing Manx adalah sangat berbeza daripada baka yang lain kerana belakangnya yang sedikit aneh dan berakhir dengan ekor yang pendek. Struktur badannya membuatkan Kucing Manx kelihatan berbentuk bulat yang menyebabkan mereka nampak sangat comel seperti anak patung.
Kucing Siberia
Kucing Siberia terkenal dengan badannya yang berkadaran dan bulunya. Ada yang mendakwa bulun kucing ini adalah hipoalergenik yang bermaksud tidak menyebabkan alergik, tetapi hal ini masih belum dapat dipastikan.
Kucing Somalia
Kucing Somalia adalah kucing dengan bulu panjang yang kecil sedikt berbanding baka Abyssinian. Mereka mempunyai bulu yang kembang dan ekor seperti berus. Mereka adalah yang terbaik untuk tuan yang menginginkan kucing peliharaan yang aktif, bijak dan suka bermain.
Kucing Rusia Biru
Kucing Rusia Biru adalah kucing dengan bulu yang berwarna kelabu kebiruan. Mereka biasanya mempunyai mata berwarna hijau atau gelap. Kucing ini biasanya sangat suka bermain dan bijak. Mereka juga boleh rapat dengan pemiliknya tetapi sangat pemalu dengan orang asing.
Kucing Bobtail Amerika
Kucing Bobtail Amerika sangat mudah dicam kerana ekornya yang jauh lebih pendek daripada kucing biasa dan kelihatan seperti sengaja dipotong. Ada yang berbulu panjang dan ada juga yang berbulu pendek. Warna matanya berbeza-beza.
Sumber: 10 Baka Kucing Paling Popular Di Dunia - Fuh.My
0 comments:
Post a Comment