Wednesday, April 15, 2015

Zizan Razak Sindir Emma Maembong?

Pelawak dan pelakon Zizan Razak dilihat sengaja mengundang telahan apabila menyelitkan kapsyen berbaur sindiran di laman sosial, baru-baru ini.
Kapsyen itu didakwa berbaur provokasi seolah-olah ditujukan kepada seseorang dengan tujuan memberi jawapan kepada teka teki hubungan cinta bersama Emma. Ini kerana kapsyen tersebut seakan dialognya dengan seseorang yang tidak berkaitan dengan gambar.
Menerusi laman Instagram miliknya, Zizan menulis kapsyen tersebut,
Aku: kau tak paham ke aku tak nak kau
Dia: Awak please saya suka awak saya nak awak menjadi suami saya yang sah
Aku: dahla aku nak balik bye
Difahamkan gambar itu diambil bersama seorang model Thailand untuk tujuan promosi produk.
Pada Januari lalu Emma memberikan kenyataan mengesahkan hubungannya dengan Zizan telah berakhir menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun. Zizan bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai kenyataan bekas kekasihnya itu
-rotikaya-
Share this article

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
Copyright © 2014 StyloSAY • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top