Friday, April 24, 2015
Juruterbang Saudi Bom Yaman Dapat Hadiah Bentley
RIYADH — Terlalu gembira dengan kekalahan militan Houthi di Yaman, seorang putera kaya Arab Saudi menawarkan kereta mewah kepada semua juruterbang Arab Saudi yang terlibat dalam serangan udara di sana.
Putera Al-Waleed bin Talal, salah seorang terkaya di Arab Saudi, mengumumkan kepada tiga juta pengikut akaun laman sosial Twitter miliknya mengenai ganjaran hadiah untuk juruterbang tentera udara negara tersebut.
“Sebagai penghargaan atas peranan mereka dalam operasi tersebut, saya berasa bangga untuk menawarkan 100 buah kereta mewah Bentley kepada 100 pilot penggempur Saudi,” ujar putera itu menerusi mesej terbaharunya.
Tawaran Putera Al-Waleed itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi dengan lebih daripada 28,000 orang memberi komen manakala 5,000 orang lagi menanda ‘suka’ pada kenyataan kerabat diraja berkenaan.
Sebahagian memuji putera itu kerana dianggap ‘murah hati’ dan sejumlah lagi menyatakan, juruterbang tentera mereka berhak mendapatkan kereta mewah, bahkan lebih lagi, setelah ‘berkorban’ menunaikan tugas negara.
Sekadar rekod, buat masa ini harga model terbaharu sebuah kereta buatan Britain itu ialah AS$234,000 (RM851,000) dan jika didarab 100 buah maka jumlah keseluruhannya cecah AS$23,400,000 (RM85,100,000).
Namun, bagi yang tinggal di luar Arab Saudi, khususnya di Yaman, mereka menganggap tawaran disampaikan Putera Al-Waleed merupakan suatu amat keterlaluan dan tidak kena waktu dengan senario politik semasa.
“Seratus Bentley untuk 100 juruterbang yang mengebom Yaman, sementara tiada satu pun ‘hadiah’ ambulans untuk semua hospital yang mereka hancurkan,” kata seorang warga Yaman, menerusi akaun Twitternya.
Warga Yaman lain, sempat memaparkan foto menunjukkan rumah mereka rosak teruk akibat serangan udara Arab Saudi, menulis di Twitter: “Al Waleed hebat mampu memberikan 100 Bentley untuk ‘pilot’ jet tempur Saudi.
“Sebaliknya, apartmen saya hancur akibat ledakan. Saya yakin, semangat saya lebih tinggi daripada 100 juruterbang itu yang kaya, walhal jirannya rakyat Yaman masih lagi hidup miskin.” tulisnya lagi.
Pengguna media sosial lainnya juga menulis: “Apakah nyawa 100 atau 200 orang layak dipertukarkan untuk sebuah Bentley? Betapa murahnya nyawa manusia,” kata seorang pengguna Twitter berasal dari Jordan.
Tahun lalu, putera yang terkenal dengan gaya hidup mewah dan gemar memberi hadiah itu menawarkan 25 buah kereta mewah kepada sebuah pasukan kelab bola sepak tempatan setelah memenangi Piala Arab Saudi.
Langkah kontroversi ‘pemurah’ putera berusia 60 tahun dengan kekayaan AS$30 bilion itu mencetuskan debat di Arab Saudi mengenai persoalan siapakah yang berhak mendapat hadiah lumayan. – Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Ray Ban Cats 5000 Sunglasses in Fort Worth at Adair Eyewear. This striking STYLO Actor Matt Smith in Ray Ban Cats 5000. For...
-
Footballer Cristiano Ronaldo, his three-year-old son and model girlfriend Irina Shayk out on a united front to collect his Ballon d'O...
-
it is a normal fallacy that men's bags are alike to the purses for women. In point of fact, men’s bag have their particular purpose a...
-
10 Baka Kucing Paling Popular Di Dunia Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Satu perkara tentang Teacher Muja; Teacher Muja ...
-
Mansoura Criminal Court sentenced to life on Monday 24 suspects, who were attending a Muslim Brotherhood march, for murdering a taxi dr...
-
Tragically but stylo, the news that Charney has been sacked for 'alleged misconduct' after his own company has been met with support...
-
Nur Fitri dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Southwark Crown, London KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditamatkan pin...
-
KUALA LUMPUR: Pelajar genius Matematik Malaysia dipenjara di UK kerana mempunyai dalam miliknya lebih 30,000 imej dan video pornografi ...
-
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia dipenjara selama 5 tahun semalam (waktu Malaysia) oleh mahkamah di United...
-
Mempunyai rupa paras cantik bak ‘supermodel’, namun siapa sangka si gadis yang bernama Han Biyao ini 'bekerja' sebagai pengemis. ...
0 comments:
Post a Comment