Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

Sunday, July 26, 2015

Yatim Piatu sekelip mata, ibu ayah nenek maut kemalangan


Teluk Intan: “Saya berbual dengan ibu pada petang kejadian (kelmarin). Ibu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan berbual seperti biasa. Saya tidak menyangka akan menerima berita kemalangan membabitkan semua ahli keluarga saya pada malamnya. Kali terakhir saya berjumpa mereka pada Selasa lalu iaitu ketika mereka menghantar saya ke asrama,” kata Nuramira Shahira Mohd Nazeri,17.




Nuramira Shahira bersama tiga adiknya kini menjadi yatim piatu apabila ibu bapa dan neneknya maut dalam kemalangan di kilometer 24, Jalan Teluk Intan-Chenderong Balai, Teluk Intan, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam, mangsa, Mohd Nazeri Abdul Razak, 45, dan Norzuwida Ahmad Tarmizi, 41, serta ibu Norzuwida, Zaleha Ibrahim, 71, maut, manakala tiga anak pasangan itu Nuramira Shafika, 15, Muhammad Aiman Haziq, 8, dan Muhammad Danial, 1, cedera selepas kereta Proton Wira yang mereka naiki dilanggar treler dari arah bertentangan.


Nuramira Shafika dilaporkan masih tidak sedarkan diri akibat patah kaki dan pinggul serta masih menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI), manakala Muhammad Aiman Haziq sudah dibenarkan keluar dari HTI selepas hanya mengalami kecederaan di kepala.
Muhammad Danial pula dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan susulan akibat kecederaan di kepala.
read more...

Wednesday, May 6, 2015

Kerajaan Terengganu Tanggung Kos Bawa Pulang Jenazah Nor Atikah

Kerajaan negeri bersetuju menanggung kos urusan yang dianggarkan berjumlah RM10,000 bagi membawa pulang jenazah pelajar tajaan Yayasan Terengganu, Nor Atikah Alias, 25, ke tanah air, secepat mungkin.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pada masa kini urusan menuntut jenazah sedang dilakukan oleh keluarga arwah dengan dibantu pihak kedutaan diikuti urusan dokumentasi membawa pulang Allahyarhamah sebelum dikebumikan di Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan.
“Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga dan moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
“Segala kos untuk urusan membawa balik akan ditanggung oleh kerajaan negeri kerana insurans yang diambil oleh pelajar di bawah Yayasan Terengganu hanya merangkumi rawatan di Moscow dan apabila berlaku kematian, kos pengebumian di Moscow sahaja ditanggung untuk membawa pulang tidak ditanggung,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco, hari ini.
Katanya, jenazah akan dibawa pulang dengan penerbangan Emirates dari Moscow ke Dubai dan Dubai ke Kuala Lumpur.
“Jika proses dokumentasi selesai pada petang ini, maka waktu terdekat berlepas adalah pada esok (Khamis), jam 12.05 tengah malam (waktu Rusia), atau 5.05 pagi (waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 9.45 malam (waktu Malaysia), hari Khamis (7 Mei).
“Penerbangan itu bergantung kepada siapnya dokumen dan kita pun tidak berani memberi jaminan berhubung masa sebenar. Insha-Allah pihak kedutaan, pegawai Mara dan JPA membantu kita untuk memastikan ia diselesaikan dengan segera bersama keluarga (arwah),”katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, jika dokumentasi tidak sempat siap dalam tempoh terdekat, jenazah akan dibawa pulang pada esok (khamis), jam 4.55 petang (waktu Rusia) atau 9.55 malam (waktu Malaysia) dari Moscow ke Kuala Lumpur melalui transit di Dubai (tiga jam), sebelum dijadualkan tiba pada 1 pagi Jumaat (8 Mei).
Ahmad Razif menjelaskan, kerajaan negeri yang turut menanggung kos pengebumian akan menyediakan van jenazah dan diiringi dua kereta pengiring untuk membawa Allahyarhamah ke tanah perkuburan.
Dalam kejadian 22 April lalu, Nor Atikah bersama empat lagi penuntut jurusan perubatan rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat kebakaran di bangunan tingkat tujuh bangunan kediaman mereka, kira-kira 11.30 malam.
Namun, selepas kira-kira dua minggu dirawat beliau dilaporkan meninggal dunia kira-kira 2.30 petang waktu tempatan, semalam akibat komplikasi pernafasan.
Mangsa dilaporkan turut mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki akibat daripada kejadian berkenaan.
read more...

Sunday, May 3, 2015

3 Maut akibat 6 Myvi pelesit lumbar haram


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri dan bayi mereka maut dalam sebuah kemalangan yang disebabkan oleh sekumpulan kereta berlumba haram di lebuh raya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.00 ke 1.00 pagi malam tadi, kereta Pejero Sport pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia 6 bulan maut dalam kemalangan berkenaan. 

Difahamkan, kejadian berpunca dari tindakan 6 buah kereta Perodua Myvi yang berlumba secara haram di lebuh raya.Duke dari arah Damansara melanggar kereta mangsa sehingga terbalik dan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kereta.

Pemergian pasangan terbabit meninggalkan dua anak perempuannya menjadi anak yatim piatu.

Menurut sumber, salah sebuah dari 6 kereta Perodua Myvi terbabit dari Familia Myvi Club telah menyerah diri di balai polis berhampiran. Manakala 5 lagi pemilik Myvi yang terlibat sedang dikesan.

Ekoran dari kejadian itu, Familia Myvi Club (FMC) digelar sebagai kelab pembunuh dan kini diserang oleh netizen dari pelbagai sudut.
read more...

Friday, April 24, 2015

Tiga Orang Sahabat Disambar Petir Ketika Mencari Sarang Kelulut, Dua meninggal


MERLIMAU: Hasrat tiga orang rakan keluar mencari sarang kelulut untuk dijual tidak kesampaian apabila mereka bertiga telah disambar petir sebentar tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul enam petang itu menyebabkan dua orang daripada mereka telah meninggal dunia ditempat kejadian kerana cedera parah terkena renjatan voltan yang tinggi dan seorang lagi cedera telah dikejarkan ke hospital Melaka oleh ambulans.

Kami telah menghubungi balai polis Merlimau dan mengesahkan kejadian ini.

Menurut pihak polis mayat kedua-dua mangsa sudah berada dengan mereka dan dalam perjalanan ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
read more...

'Naruto Gaiden' Release Date Set On April 23! Boruto To Lead The Next Generation Of Konoha Ninjas!


"Naruto" fans will finally get the manga continuation they wanted as Masashi Kishimoto's "Naruto" spinoff manga, "Naruto: The Seventh Hokage and the Scarlet Spring" will be unveiled in Shonen Jump on April 23!


According to Mangareader.net, here is the story of the newest "Naruto" spin-off manga.
"'Naruto Gaiden: Nanadaime Hokage to Akairo no Hanatsuzuki' ('Naruto Spinoff: The Seventh Hokage and the Scarlet Spring Month') is a spin-off sequel mini-series of the 'Naruto' manga and part of the grand master plan of Masashi Kishimoto's 'Naruto Shin Jidai Kaimaku Project' ('Naruto's New Era Opening Project'). The mini-series will feature the next generation of ninjas, including Boruto Uzumaki, who is the son of Naruto Uzumaki, the Seventh Hokage of the Hidden Leaf Village."
Bolt (Boruto), the only son of titular character Naruto Uzumaki and Hinata Hyuga made his debut on the 700th chapter of the "Naruto Shippuden" manga. Kishimoto previously said that he intends to continue the legacy of his manga just after the conclusion of "Naruto Shippuden."
"I conceived a story in which Bolt and [Sasuke's daughter] Sarada appears," he said. "Sasuke and Sakura also appear."
Aside from the manga spin-off, Bolt (Boruto) will also be getting his own movie entitled "Boruto: Naruto the Movie" which is set for release on August 7, 2015.
Mangaka Masashi Kishimoto will be taking over in writing the movie script, creating character design, and overlooking the production of the film. Hiroyuki Yamashita will be the film director and Ukyō Kodachi will be the assistant scriptwriter."
Here's the first teaser trailer revealed last April 16, 2015.
read more...

Wednesday, April 15, 2015

Biodata penuh bakal isteri Zizan Razak

Setelah dihimpit dengan pelbagai dakwaan dan juga baru-baru ini dikatakan turut terpalit isu pelawak yang dikatakan kaki perempuan, Zizan Razak melalui BH Plus mengakui bahawa dia akan menikah dengan gadis piihan hatinya berusia 24 tahun, juga berasal dari Kuala Terengganu.

Tidak menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan drastik ataupun terburu-buru, Zizan memberitahu bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah memikirkan usianya yang kini bakal mencecah 31 tahun pada 15 April ini.

“Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.”

“Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.”

“Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,”
 katanya yang bakal pulang ke kampung tidak lama lagi untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang.

Bagaikan satu kejutan, Zizan dalam masa turut mendedahkan bahawa dia juga menderita dan hati kecil pelawak dan pelakon ini turut sama menangis sehingga keadaan menolak dia untuk mencari ruang dan masa sendiri untuk bernafas.

Sementara itu, Zizan sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik ditambah lagi, gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka tertambat terus - Rotikaya.

Berikut ialah biodata penuh bakal isteri Zizan Razak :-

Nama : Dirahsiakan
Umur : 24 Tahun
Agama : Islam
Asal : Kuala Terengganu
Pekerjaan ; Dirahsiakan
Pendidikan : Dirahsiakan
read more...

Usaha Dakwah Adam Corrie di media sosial 15 orang peluk islam

Bermula dengan hanya berdakwah melalui laman sosial Facebook dan Instagram miliknya, baru-baru ini Adam Corrie mendedahkan bahawa dia telah berjaya menarik kira-kira 15 indidvidu bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak dia bergelar mualaf pada Julai 2007.
“Alhamdulillah, setakat ini ada sudah 15 orang saya berjaya bantu untuk memeluk agama Islam. Ramai terbuka hati menerusi dakwah yang saya lakukan di laman sosial Facebook dan Instagram. Saya selalu memuat naik status tentang Islam, ia hanya status yang mudah dan semua umat Islam tahu”
“Seperti potongan ayat-ayat Al-Quran yang memberi makna tentang kebaikan dan Islam itu mudah. Daripada situ ramai yang bukan beragama Islam memberi mesej secara peribadi bertanyakan lebih lanjut tentang Islam,” ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Adam berkata, dia dalam proses menjalankan projek ibadah umrah bersama golongan mualaf yang tidak berkemampuan dan projek yang sudah diusahakan selama dua tahun itu akhirnya bakal dilaksanakan pada 10 Jun depan bersama 25 jemaah dari Perkim.
“Projek ini sudah dua tahun saya usahakan, namun banyak sangat rintangan terutama dalam hal dana dan penaja. Dulu saya pernah kena tipu juga, mereka kata ingin taja 40 jemaah, namun akhirnya diam tanpa sebarang mesej.
“Kali ini, pelakon Adi Putra banyak menolong cari dana dan penaja untuk 25 jemaah, Insya-Allah jika tiada halangan kami akan berangkat menunaikan umrah pada 10 hingga 21 Jun depan,” ujarnya yang kini masih mencari dana untuk duit perbelanjaan jemaah di tanah suci

-rotikaya-
read more...

Popular Posts

 
Copyright © 2014 StyloSAY • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top