Bintang Bollywood, Salman
Khan akhirnya terpaksa meringkuk di dalam penjara selama lima tahun atas
kesalahannya dalam kes langgar lari membabitkan homeless atau gelandangan di Mumbai.
Salah seorang daripada
gelandangan itu mati dan empat daripadanya mengalami kecederaan. Kejadian itu
terjadi pada tahun 2002.
Salman yang pernah
membintangi filem Kuch Kuch Hota Hai dan Hum Dil De Chuke Sanam pada tahun
berkenaan dituduh memandu kenderaan Toyota Land Cruiser dalam keadaan mabuk.
Laporan Times of India
menyebut, keputusan mahkamah dibacakan hari ini dan selepas diteliti aktor itu
perlu akur dengan keputusan yang sudah diputuskan.
"Kamu memandu kereta
dan di bawah pengaruh alkohol," kata Hakim DW Deshpande kepadanya.
Saluran televisyen di
India melaporkan aktor itu menitiskan air mata selepas keputusan mahkamah
dibacakan.
Beberapa teman seninya
turut meluahkan rasa sedih selain memberikan sokongan dan menunjukkan simpati.
Aktres, Hema Malini turut
berdoa dan berharap semoga hukumannya dapat dikurangkan.
Ada yang berpendapat jika
Salman dipenjarakan ia akan memberi kesan kepada jualan tiket filem lakonannya
yang akan ditayangkan.
0 comments:
Post a Comment