Saturday, December 6, 2014

Lihat Apa Yang Lelaki Ini Sanggup Buat Untuk Hidup Selamanya

Tim Cannon menggelarkan dirinya seorang ‘biohacker’ dengan memasukkan cip eletronik  ke dalam tangannya sendiri dengan alasan untuk hidup selamanya.
Paling menakutkan, dia memasukkan cip eletronik tersebut di bawah kulit lengannya yang lebih kurang sebesar kotak rokok tanpa bantuan mana-mana doctor mahupun bius, sebaliknya menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan.
Tim Cannon merupakan seorang software developer dari Pittsburg dan salah seorang developer di Grindhouse Wetware, satu firma yang menjelaskan di dalam laman web mereka sebagai “Computers are hardware. Apps are software. Humans are wetware”. Laman web GrindhouseWetware.com juga menjelaskan bahawa manusia tidak lagi perlu ke hospital untuk memeriksa kesihatan mereka dengan memantau sendiri tubuh badan mereka.
Cip yang ditanam digunakn untuk memantau suhu badannya yang mana akan memancarkan lampu hijau di bawah kulit jika beliau mula mengalami demam. Cip ini juga berkomukasi dengan tablet android melalui sambungan Bluetooth.
Selepas peranti tersebut dipasang, Cannon setapak ke hadapan untuk menggapai impian semasa kecilnya. “Semenjak saya kecil, saya telah menceritakan kepada semua orang yang saya akan menjadi robot,” katanya kepada The Verge. “Sekarang, semua itu tidak  mustahil lagi.”
“Saya tidak mahu mati dan saya tak faham mengapa ada manusia mahu mati,” katanya. Prosedur memasukkan peranti itu dilakukan seorang ‘artis mengubah suai tubuh’ serta pakar tatu, Steve Haworth.
“Saya rasa persekitaran kita perlu lebih peka terhadap tubuh badan kita” katanya kepada Motherboard . “Contohnya, bilamana kita pulang dalam keadaan tertekan, peranti tersebut akan berkomunikasi dengan rumah kita untuk menyediakan kediaman dengan suasana yang tenang: menyuramkan lampu, memanaskan air di dalam tab mandi”.

Share this article

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
Copyright © 2014 StyloSAY • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top