Saturday, September 27, 2014

TRAGIS pelajar india MAUT dibaham harimau di Zoo



NEW DELHI : Seorang remaja menghadapi detik tragis apabila beliau maut dibaham seekor harimau putih di sini semalam, lapor portal berita antarabangsa AFP.

Saat-saat akhir pemuda tersebut sebelum menjadi mangsa harimau putih mula menjadi viral dilaman sosial menerusi sekeping gambar disampingVIDEO footage yang dimuat naik dilaman sosial Youtube.


Kebanyakan pengguna laman sosial meluahkan rasa simpati kepada remaja itu yang berdepan detik-detik akhir dibaham harimau putih terbabit.

Menerusi laporan AFP, harimau putih itu menyerang dan membunuh remaja lelaki yang dipercayai terjatuh atau melompat ke dalam sebuah kandang harimau yang menempatkan haiwan terbabit di sebuah zoo di India.


Pengunjung yang berada ditempat kejadian turut sama membantu mangsa dengan membaling kayu serta batu, tetapi usaha itu dilihat gagal bagi membantu mangsa apabila harimau itu menerkam mangsa dibahagian lehernya.

Mayat remaja malang itu telah dibawa ke sebuah hospital di New Delhi untuk dibedah siasat. Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan samaada mangsa di tempat kejadian seorang diri atau bersama rakannya, lapor AFP.




read more...

6 Foto lelaki ditangkap tengah melapah lembu curi berjemaah



Orang ramai sibuk membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Korban yang bakal tiba,  mereka yang tidak bertanggung jawab  sibuk juga nak berkorban dengan melakukan kerja jahat mencuri lembu-lembu yang dah disediakan  untuk majlis tersebut. 

Dalam gambar di atas seorang lelaki yang di syaki pencuri sedang sibuk melapah lembu yang di curi semasa ditangkap oleh orang ramai,kejadian tidak pasti di mana yang pasti mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab ini sanggup mengambil kesempatan sempena Hari Raya Korban yang mana lembu banyak untuk Hari Raya korban nanti. 




read more...

Popular Posts

 
Copyright © 2014 StyloSAY • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top